Friday, 7 December 2012

My Rendang Ayam

Salam..semalam blk keje I sempat masak rendang ayam with my own version..hehe..maklumlah, I kan suka masak sesuatu yg simple tp sedap..walaupun bekerja tp ttp masak utk suami tercinta..
comment from my hubby; so delicious, awesome!! ;)
nak try? Jom..


Bahan- bahan:-
1) 6 ketul ayam yg di potong sederhana
2) 1 ulas bawang besar
3) 2 inci halia
4) 2 btg serai
5) beberapa biji cili padi (ikut suka, nak pedas atau tak)
6) 2 sudu besar cili kering yg sudah di kisar
7) santan (I guna separuh kotak santan M&S)
8) 2 sudu kerisik 
9) sedikit garam dan gula
10) 1/2 kiub pati ayam (1 guna Knorr)

Cara Memasak:-
1) Ayam di gaul bersama garam dan kunyit. Kemudian di goreng garing.
2) Kisar halus kesemua bahan- bahan dari no. 2) - 5)
3) Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan hasil kisaran tadi. tumiskan sehingga naik bau..
4) Masukkan pula 2 sudu besar cili kisar ke dalam kuali..kacau bersama bahan- bahan tumisan tadi..biarkan garing dengan api sederhana.
5) Campurkan pula kerisik..di kacau lagi..
6) Masukkan pula santan..di kacau dan biarkan dgn api perlahan..
7) Perasakan dgn sedikit garam, gula dan kiub pati ayam..
8) Barulah boleh masukkan ayam goreng tadi..kacau biar sebati dgn rencah rendang..biarkan api perlahan..
9) Dah siap..bolehlah menjamu selera ;)




Wednesday, 5 December 2012

Ayam Masak Merah

Ok, guys..hari ni I nak share resepi yg simple dan disukai oleh adik- adik I..Ayam masak merah..

Bahan- bahan:
1) 1 ekor ayam (di gaul bersm kunyit dan garam)
2) 4 ulas bwg bsr (di hiris bulat2)
3) 5 ulas bwg puteh (di titik)
4) 2 btg serai (di titik hujungnya)
5) 6 sudu besar cili kering (di kisar bersm sedikit bwg bsr & puteh)
6) sedikit sos cili
7) sedikit sos tomato

Cara- cara memasak:
1) ayam di goreng garing dan ketepikan dulu
2) tumiskan bwg puteh td bersama serai..bila bau dah naik, masukkan cili kisar..gaul dan biarkan masak betul dgn api sederhana
3) masukkan pula sedikit sos cili dan sos tomato. sos tomato mesti lebih sedikit drpd sos cili ye
4) campurkan sedikit garam dan gula mengikut selera masing- masing
5) kemudian barulah kita masukkan bwg bsr yg di hiris bulat td
6) last sekali baru kita masukkan ayam goreng yg telah di goreng garing ke dalam kuali. kacau rata.
7) dah siap..boleh la di hidang..



Simple dan menyelerakan..Selamat mencuba dan menjamu selera !! ;)

Sunday, 2 December 2012

Cekodok Bawang


Cekodok Bawang..simple but awesome!! This is my favorite cekodok/ jemput2..u can enjoy this food during breakfast or tea time..di cicah dgn sos cili/ air lada..mmg bestt!! ;)

Bahan- bahan:
1) tepung gandum 2 cawan (utk 2 org mkn)
2) bawang merah (di hiris2)
3) segenggam ikan bilis (di tumbuk kasar)
4) sedikit garam

Cara Memasak:
1) campurkan semua bahan2 di atas..tambah air sedikit demi sedikit dan kacau supaya sebati..
2) sesudah semua bahan tadi sebati, masukkan ke dlm minyak pns dgn menggunakan sudu..
3) goreng sehingga warnanya kuning keemasan..balik2kan spy bahagian dalam cekodok masak betul.
4) ikut citarasa msg2 samada ingin cekodok yg garing ataupun lembut sedikit..( I suka yg x bape garing)
5) angkat cekodok dr kuali dan potong dua..
6) tadaaaaa...siap utk di makan bersama sos pencicah atau air lada atau sos cili (ikut suka yg mana pun)

simple kan? selamat mencuba!! ;)



Friday, 30 November 2012

My Favorite Cheese Naan


Now, I nak ajak u all semua try cheese naan yg mmg da bomb yg terletak di Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur..for me, this is the best cheese naan yg I pernah makan..1st time try, terus terpikat..setiap kali dtg KL mesti ajak hubby singgah menikmati cheese naan dulu ;)
so cheezzzy...awesome!!

Nasi Beriani pun ada..but my favorite: Cheese Naan and Dhal..so cheezzy and yummy!!
Ok, enough!! Rasa x boleh tahan plak tgk pic2 ni..so, ape tggu lg, try the awesome cheese naan..don't forget to order dhal too..it;s the best in town ;)


RSMY House of Real Beriani 
11 & 13, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 50300, MALAYSIA.


Nasi Goreng Ayam + Telur Mata


menu simple yang akan aku masak kalau aku blk keje lambat dan risau kalau2 hubby kelaparan..hehe..

Bahan- bahan:
1) nasi puteh
2) setengah ulas bwg bsr (di tumbuk kasar)
3) 3 ulas bwg puteh (di tumbuk kasar)
4) 3 biji cili padi (di tumbuk/ di ketuk)
5) isi ayam (di potong kecil2 dan di goreng)
6) seketul ayam (di goreng bersama kunyit, garam, serbuk cili/ kari)
7) 2 biji telur ayam (sebiji di goreng menjadi telur mata- kuning telur wajib cair..hehe )
8) sedikit sos tiram, kicap manis dan sos cili

Cara memasak:
1) tumiskan bwg bsr, bwg puteh, cili padi
2) masukkan sedikit sos tiram, kicap manis dan sos cili
3) campurkan isi ayam yg telah di goreng tadi
4) masukkan pula nasi puteh dan kacau supaya sebati dgn bahan2 tumisan
5) ambil sedikit ruang di dlm kuali dan pecahkan sebiji telur ayam. biarkan telur menjadi 3/4 masak dan kacau sebati bersama nasi
6) biarkan seketika dgn api yg perlahan..perasakan dgn garam secukup rasa.
7) padamkan api..siap untuk di hidang bersama ayam grg yg di potong2 dan juga telur mata..




Selamat Mencuba!! ;)




Ketam Sweet Sour

Ketam sweet sour..resepi ni aku main belasah sendiri..masuk bahan tu, masuk bahan ni..jadilah rsnya sweet and sour..request by my hubby


Bahan- bahan:
1) ketam (sha guna 2 ekor- setiap seekor di belah 2)
2) 1 biji capsicum hijau (di potong2- ikut suka nk potong mcm mane pun)
3) 1 ulas bwg besar (di hiris)
4)  bwg puteh (ikutla citarasa msg2- sha suke bubuh lebih)
5) 3 biji cili padi (di ketuk)
6) 1 biji cili merah (di hiris)
7) 2 inci halia (di hiris halus)
8) 2 btg serai (di ketuk)
9) sedikit sos tiram
10) sedikit sos cili
11) sedikit sos tomato
12) sedikit sos plum
13) sedikit kicap manis

Cara memasak:
1) lumurkan ketam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. goreng ketam sehingga garing dan ketepikan
2) tumiskan bwg besar, bwg puteh, cili padi, cili merah, halia dan juga serai. kemudian masukkan capsicum
3) bila dah naik bau, masukkan pula sedikit sos tiram, sos cili, sos tomato, sos plum dan juga kicap manis
4) perlahankan api dan kacau..x perlu masukkan garam sbb sos2 tadi dahpun masin..
5) padamkan api..hidangkan ketam goreng td di atas pinggan dan curahkan sos sweet sour ke atas ketam..
6) siap , bolehla di makan bersama nasi panas..nyum3 ;)

p/s: kalau nak sos sweet sour nye banyak, bolehla tambah sedikit air...dan bubuh sedikit tepung jagung utk memekatkan sos sweet sour.

Selamat Mencuba!!

Fillet Ikan Dory Masak Lemon

 resepi ni aku intai2 dari en. google...tp aku x ikut 100%..byk yg aku ubah mengikut citarasa aku sendiri..kalau nak cuba, bolehla terus membaca isi kandungan yg berikutnya ;)


Bahan-bahan:
1) filet ikan dory
2) sedikit tepung gandum
3) sedikit tepung jagung
4) 1 biji telur ayam (putihnya)
5) seulas bawang besar (di cincang)
6) 3 ulas bawang puteh (di cincang)
7) secubit serbuk lada hitam
8) secubit serbuk oregano
9) 1 sudu kordial sunquick
10) 1 biji lemon (ambil jusnya)
11) sedikit sos plum

Cara untuk menggoreng ikan:
1) campurkan sedikit tepung jagung bersama tepung gandum
2) masukkan sekali serbuk lada hitam, sedikit garam, serbuk oregano di dalam tepung
3) ambil ikan lumur dgn puteh telur, kemudian di lumurkan pula pd campuran tepung tadi.
4) terus masukkan ke dlm minyak panas untuk menggoreng. goreng hingga warnanya kuning keemasan, kemudian angkat dan ketepikan.

Cara memasak sos lemon:
1) tumiskan bahan2- bwng puteh, bwng besar
2) masukkan sedikit sos plum dan juga jus lemon, kemudian masukkan sekali sesudu kordial oren sunquick
3) kacau rata..masukkan juga secubit serbuk lada hitam dan oregano. jgn lupa perasakan dgn garam
4) masukkan sedikit tepun jagung untuk memekatkan sos lemon..ikut sukatan, kalau nak sos byk kenala bubuh air lebih sikit..

p/s: kalau nak pedas sikit, bolehla adjust dgn menumis sekali cili padi/ cili merah semasa menumis bwg.

last sekali, hidangkan fillet ikan dory di atas pinggan dan curahkan sos ke atas nya..siap untuk di makan!!
simple kan..selamat mencuba ;)