Friday, 30 November 2012

Fillet Ikan Dory Masak Lemon

 resepi ni aku intai2 dari en. google...tp aku x ikut 100%..byk yg aku ubah mengikut citarasa aku sendiri..kalau nak cuba, bolehla terus membaca isi kandungan yg berikutnya ;)


Bahan-bahan:
1) filet ikan dory
2) sedikit tepung gandum
3) sedikit tepung jagung
4) 1 biji telur ayam (putihnya)
5) seulas bawang besar (di cincang)
6) 3 ulas bawang puteh (di cincang)
7) secubit serbuk lada hitam
8) secubit serbuk oregano
9) 1 sudu kordial sunquick
10) 1 biji lemon (ambil jusnya)
11) sedikit sos plum

Cara untuk menggoreng ikan:
1) campurkan sedikit tepung jagung bersama tepung gandum
2) masukkan sekali serbuk lada hitam, sedikit garam, serbuk oregano di dalam tepung
3) ambil ikan lumur dgn puteh telur, kemudian di lumurkan pula pd campuran tepung tadi.
4) terus masukkan ke dlm minyak panas untuk menggoreng. goreng hingga warnanya kuning keemasan, kemudian angkat dan ketepikan.

Cara memasak sos lemon:
1) tumiskan bahan2- bwng puteh, bwng besar
2) masukkan sedikit sos plum dan juga jus lemon, kemudian masukkan sekali sesudu kordial oren sunquick
3) kacau rata..masukkan juga secubit serbuk lada hitam dan oregano. jgn lupa perasakan dgn garam
4) masukkan sedikit tepun jagung untuk memekatkan sos lemon..ikut sukatan, kalau nak sos byk kenala bubuh air lebih sikit..

p/s: kalau nak pedas sikit, bolehla adjust dgn menumis sekali cili padi/ cili merah semasa menumis bwg.

last sekali, hidangkan fillet ikan dory di atas pinggan dan curahkan sos ke atas nya..siap untuk di makan!!
simple kan..selamat mencuba ;)



No comments:

Post a Comment